Friday, 26 August 2011

solat istikhoroh


Cara Sholat Istiqarah :Solat dua rakaat. Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud dikahir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.
Cara yang laing afdhal atau terbak untuk saudari lakukan solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah sengan melakukan perkara berikut sebelum tidur:-
1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)
2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.
4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.
5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin
6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.
Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:
Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.
Doa Solat hajat:
Mafhumnya:- Tiada tuhan yan disembah melainkan Allah yang bersifat maha mengetahui dan mulia. Maha suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu serta keampunan Mu, perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam melakukan kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta aku memohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa terhadapku kecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali Engkau permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan urusan pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali Engkau perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.
Kemudian baca doa yang sepatutnya.
Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terbetik dihati kita selepas kita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu adalah dikira petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa petunjuk adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadi syarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segala amalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi yuntuk mengelakkan gangguan dari syaitan.
Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas sembahyang istikharah tidak akan tiimbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah. Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was. Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. Bercintalah Dengan Allah kerana Allah samasekali tidak akan menolak cinta hambanya apatahlagi mengecewakan hambanya...berlainan dengan cinta manusia yang bersifat sementara dan hipokrit dan sebagainya..Semoga saudari berjaya. Amiin.

Monday, 22 August 2011

Merokok adelah haram "kenapa masih menpertikaikan lagi"


Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
Fatwa Al-Azharterdahulu iaituSyeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashimâ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Sedkit sebanyak dari 
Dr. Abu Bakar Abdul Majeed
Pusat Racun Negara, USM 
Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan.

Di Australia, umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini lebih besar daripada jenama rokok itu sendiri.

Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: DiAustralia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dankematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematiandaripada yang disebabkan kemalangan jalan raya.

Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumatyang diberikan kepada pengguna yang masih mahumemperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murahdaripada negara-negara maju.

Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cubamemutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok. sya ambil sikit je dari Dr.abu bakar sebab terlalu panjang atikel dia...


Untuk renungan bersama bagi orang islam..Firman Allah s.w.t. : 

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An-Nisa' : 29)"

Hadith Rasullulah s.a.w. : 

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam" 

tinggalkan lan rokok durjana.. selagi hayat di kandung badan... 

"Ape alasan kita kepada allah swt.. jika kita
mati kerana ROKOK!"